assalamualaikum

Wednesday, March 20, 2013

Debaran semakin terasa~

Assalamualaikum W.B.T

Selamat Sejahtera

Kumulakan post Blogku dengan nama Tuhanku


Hiraukan masa lalu untuk seketika,

Hiraukan masalah anda untuk sekejap cuma,

Hiraukan perkara-perkara kecil untuk sekecil waktu.

Dan Khasnya untuk memberi laluan kepada : ..................................



...........      ..........
.......................   .......................
HATI
............................................................
..........................................
......................
...........
...
.


YEAHHH!!!BERIKAN TEPUKANN!!!!!

untuk memberikan sebuah sentimental khas buat Calon-calon SPM 2012 yang bertajuk :

DUPP!DAPP!!DUPP!!DAPP!!

Hahahaha . Hakikatnya, kebanyakan daripada setiap hati kanak-kanak riang ini sudah tentu tengah berdegup kencang. 
Tidak kiralah pelajar itu, dahulunya, bersungguh-sungguh menuntut ilmu atau tidak

dahulunya, memberi fokus serta tumpuan 100% dalam kelas atau tidur dengan bantal golek sekali. ehem~

dahulunya, melaksanakan kerja sekolah serta latihan yang cikgu beri ataupun hanya melepaskan batuk di tangga semata

dahulunya, menghadiri setiap sesi belajar di waktu pagi petang mahupun ponteng melepak di Cyber Cafe. ohokhok!batuk di situ.ada terkena kah? = )

 Jika ingin diceritakan pelajar SPM.ops! Calon SPM 2012 diibaratkan seperti orang yang sedang dilamun cinta lagaknya.

diibaratkan manusia yang sudah nazak hendak meninggal esok lusa. eheh!

"tapi EnHappy, saya sudah dilamun cinta, nazak nak mati pun saya dah lalui, tapi tak rasa macam tuh pon"
Eeeerrrr!! How do I explain this???huurrmmmm~

Apa-apa pon, sudah tentu perasaan berdebar, kenalim(Kelantan), Debor(Terengganu) itu wujud dalam diri.
betul atau tidak, sendiri jawab aah

Apa yang ingin saya lontarkan disini ialah

Walau apa pun keputusannya

Walau apa pun reaksi manusia sekeliling terhadapnya

Walau apa pun reaksi anda terhadap keputusan anda itu

Ingatlah! Fafirru Ilallah! Kembalilah pada Allah!

Ingatlah! Kita ini umat Islam, umat Akhir Zaman

Semua perkara telah Allah takdirkan pada kita

Semua perkara telah Allah tetapkan pada kita

Semua perkara telah Allah rancang kepada kita

Jadi bersangka baiklah kepada Allah

Sesungguhnya Allah sedang menguji kita

 Tak gituh??

Oleh itu sahabatku, Jom kita dengarkan lagu daripada kumpulan In-Team :

KEHIDUPAN


P/s :

jika Allah cepat makbulkan permintaanmu, 
bererti Dia menyayangimu..
jika Allah lambat makbulkan permintaanmu,
bererti Dia sedang mengujimu..
tetapi, jika Allah tidak makbulkan permintaanmu,
bermakna.. Dia sedang merancang sesuatu yg lebih baik untukmu..


Sunday, March 17, 2013

Memori itu~

Assalamualaikum W.B.T

Salam Sejahtera

Kumulakan Post blogku dengan nama Tuhanku

Tanggal 4 Januari sebenarnya merupakan satu tarikh KERAMAT. Pada mulanya, saya fikir, pada hari tersebut, mimpi ngeri saya bermula. Aaaaaarrrrggghhhh!!!! jeng!! jeng!! jeng!!

Namun, apa yang difikirkan adalah sebaliknya. fuuuhhh~

Betullah firman-Nya :

Diwajibkan keatas kamu berperang. padahal itu tidak menyenankan kamu. 
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. 
Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. 
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
(2 : 214)

Rupa-rupanya, mimpi ngeri tersebut adalah satu bibit-bibit manis yang mencorakkan hidup saya serta sedikit sebanyak memberi pengalaman yang amat manis. Ops! Pengalaman yang paling manis setakat ini dalam hidup saya.

Memori itu bermula apabila saya mula menjejakkan kaki di Kem PLKN Merang Suria Holiday Camp pada tanggal 4 Januari 2013 pada 1100H.

Mendaftar diri, Berkenalan dengan sahabat baharu, melangkah ke dewan makan. memasuki kelas, menimba ilmu baharu, bertafahum dengan sahabat baharu. menganjur program, membantu jurulatih-jurulatih, berbual bicara, betengkar bertempik bersama-sama, memenangi acara, mendapat itu dan ini, menyertai aktiviti secara 100% sama ada dalam atau luar kelas, dalam atau luar kem, mandi kolah bersama-sama.eh!

Semuanya aturan Tuhan.Semuanya Takdir yang telah ditetapkan. Semuanya menjadi memori indah.

Memori indah hanyalah dicipta dalam masa 3 bulan. Berakhirnya memori ini pada waktu pagi pada 16 Jun 2013. Suara teresak-esak menahan kepedihan berpisah. Air mata ditahan, namun tetap mengalir dek kerana tidak mahu berpisah denga sahabat yang baru berkenalan dalam masa yang singkat.
- Pelatih-pelatih berbangsa Cina di Kem PLKN MSHC -

Gambar diambil menjadi kenangan di waktu rindu. Kesedihan jelas terpancar pada wajah-wajah pelatih. tak kira jantina, wira mahupun wirawati. Namun, segelintir cuba menutupinya dengan menyanyi lagu.
Hakikatnya, semua tak mahu berpisah. tapi terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi.

Dan pada hari ini, setelah seharian berpisah tanpa mendengar suara, tanpa bersua muka. Walaupun mukabuku menjadi penghubung, walaupun SMS menjadi perantara, perkara ini tetap tidak mampu membalas rindu ini.

Jika diingat kembali memori Indah tersebut, kolam mata pasti bertakung, air mesti mengalir menuruni lurah pipi, hingus pasti meleleh keluar.eh! 

Sesungguhnya, perkara ini bukanlah satu pengalaman yang menakutkan, sebaliknya pengalaman yang mungkin tak terjangkau di pemikiran anda sekalian. Terlampau Indah.

Pada mulanya, apabila disemak, saya mendapat  panggilan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN). pada ketika itu, saya rasa inilah perkara yang paling malang yang berlaku dalam hidup saya. Saya mengadu kepada Bonda, Ayahanda yang menyahut untuk memujuk, "tak pe, dapat elaun RM150 sebulan."

Sedikit sebanyak hati terubat.ehe~mata Duitan EnHappy.hihi

Tapi, pada ketika itu, saya sendiri belum tahu apa yang akan, bakal terjadi.
Sebelum ini saya mendengar daripada, sahabat-sahabat, senior-senior bahawasanya panggilan PLKN buat orang yang malang sahaja.
Dan pada ketika itu, fikiran saya menggetus " Beruntungnya orang yang tak dapat PLKN"

Namun, itu hanya kenyataan sebelum menghadapi peristiwa sebenar. Fakta tanpa bukti kukuh. Pengalaman tanpa merasai yang sebenar.

Pada hari ini,  setelah 3 bulan menghadapi situasi sebenar. Setelah 3 bulan mengalami apa yang dikatakan mimpi ngeri itu, saya dapati perkara ini tak seburuk yang disangka. tak sengeri yang dikata. 
Dan sebenarnya perkara inilah yang menjadi pengalaman yang berguna untuk menghadapi bahtera kehidupan yang mencabar kelak.

Antara Ahli Pelatih dan Jurulatih Kompeni Delta Kem PLKN MSHC

aQ dengan sahabat Cina, Ong.
Kawaaii dessu~

Malam 'Lambaian Desa'
Malam perpisahan kami, pelatih Program Latihan Khidmat Negara Kump.1 siri 10/2013.
-memori indah bersama-








-Saat Perpisahan :( -

Jika diingat kembali, kolam mata pon boleh bertakung. Air hingus pon boleh meleleh.
Dek kerana rindu untuk bersama dengan sahabat-sahabat PLKN. 

Walaupun masa 3 bulan itu cukup singkat. Namun, saat-saat itulah saya dan sahabat-sahabat saya dapat mengenal hati budi masing-masing. dapat mengagak apa yang disuka, apa yang tak disuka.

Walaupun masa 3 bulan itu cukup singkat, namun, waktu itulah yang sekarang ini kami rindu untuk bersama kembali.

Jadi kepada sahabat-sahabat diluar sana, bersyukurlah jika anda mendapat panggilan PLKN. Redhalah dengan apa yang akan terjadi. 

Jika anda mendapat panggilan PLKN, perkara pertama yang anda harus buat adalah :
Berfikiran positif.
Berfikir bahawa perkara ini adalah ujian daripada Tuhan.
Berfikir bahawa perkara ini ada hikmah di sebaliknya.

Dengan itulah, anda mampu untuk merasai manisnya perkenalan itu, manisnya komunikasi itu, pahitnya pertengkaran itu.

Dan memori ini sudah tentu akan kukuh terpahat di hati dan ingatan saya sendiri. Bi iznillah.
Oleh itu, saya seru kepada sahabat-sahabat handai sekalian,
Nikmatilah panggilan PLKN itu! Sesungguhnya, perkara ini berlaku dengan izin Allah, saya terpilih kerana Allah yang memilih saya.
Allah telah memilih saya untuk bertemu dengan sahabat yang sumpah Kool, Osem, Sporting, Bijak, Hensem, Kiut dalam satu program. program yang dinamakan Program Latihan Khidmat Negara.

Biarlah orang kata PLKN itu adalah singkatan kepada Pelatih Letih Kerana Najib,
Biarlah orang kata PLKN itu perkara yang membazir masa, tenaga

tapi ingatlah, 
We Are What we Think We Are.

Bersangka baiklah,
Berfikirlah secara positif.
okkai!


KERANA ALLAH KITA BERTEMU, KERANA ALLAH KITA BERPISAH!


TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABAT SERTA JURULATIH-JURULATIH PLKN MSHC ATAS MEMORI YANG BEGITU INDAH INI. : )  ENHAPPY



Monday, February 11, 2013

Kecewa?kenapa?

Assalamualaikum W.B.T

Salam Sejahtera

Kumulakan Post blogku dengan nama Tuhanku

Pernah rasa kecewa??Frustated??
Pernah rasa tak dihargai selepas melakukan pengorbanan??
Pernah rasa geram selepas menulis status 'Hot' tapi tiada yang 'like'??
Pernah rasa sedih selepas 'Clash' dengan Pak We/Mak We??eerrr~lalalalala~
Pernah rasa diri anda ini 'bodoh' selepas melakukan perkara yang bodoh???eeeeeerrrrrrrrr~no komeng.

Jika ya, pernah tak anda terfikir: "mengapa aku berperasaan sebegini??"
Jika tidak pernah, cuba katakan pada diri anda:
mengapa??kenapa??why??why??limaza??limaza??bakpo??bakpo??nandayyoo??

Haaaaa!sesungguhnya jawapan itu hanya anda sahaja yang tahu dan mengerti.
Tapi, di sini, apa yang saya ingin kongsikan dengan anda semua pada hari yang penuh rahmat(hujan) ini adalah kenapa perasaan sebegitu rupa wujud dalam diri anda selepas ............ tertentu berlaku.

"eh!eh!saya baca post nieh tak bermakna saya berasa kecewa.sebenarnya saya tak penah rasa kecewa. Betul! Tak tipu!"
"Aha! Usah kelentong saya, seorang manusia biasa pasti akan atau pernah berasa kecewa. Nabi Muhammad S.A.W pon pernah berasa sebegitu.Betul?Wallahu'alam."

Sebelum itu, Ilmuwan pernah berkata: 'Tak kenal, maka tak cinta'. Jadi, persoalannya, apa itu kecewa??

Mengikut Google Search ........eeeerrrr ......inilah gambar yang saya jumpa :


errr~no komeng

"Ohh Makk Kau!!Air mata darah!"
"Wahh!!Hebatnya,Air mata dia warna merah. Mak! Dia guna ape ek? nak jugak buleh??"

Esh3.Air mata berwarna merah itu mungkin menunjukkan Kekecewaan yang tak mampu Beliau tahan.
Sabar wahai pemilik mata Jelita.

itu maksud gambar, kalu maksud perkataan adalah seperti berikut :
Mengikut Kamus Dewan terbitan Fikiranku, kecewa bermaksud perasaan selepas tidak mendapat apa yang kita mahukan. atau dengan kata lain : Dissapointed.

"Jelas murid-murid??" . "Jelas Cikgu!"

Puncanya apakah??

aha!

Pertamanya adalah kerana niat tidak ikhlas kerana Allah S.W.T
Hal ini adalah demikian kerana apabila segala perbuatan kita diletakkan atas dasar 'Lillah', secara automatiknya, kita akan bertawakkal kepada-Nya sekali menyerahkan segala natijah/hasil kepadanya
tak gitu?

Tuan-Puan sekalian, saya telah mengatakan tentang Ikhlas pada post yang lepas, sila rujuk muka surat .......... pada halaman http://fikiranku-happy.blogspot.com/2013/02/assalamualaikum-w.html

Keduanya adalah apabila Adik-Kakak sekalian berhadapan dengan perasaan kecewa atau sedih atau sama waktu dengannya, adik-Kakak sekalian tidak mengadu hal ini kepada tempat sepatutnya kita mengadu terlebih dahulu yakni Tuhan kita Yang Maha Segala-galanya, Allah S.W.T

Saya tahu, kebanyakan remaja apabila kecewa,sedih hatta gembira sekalipun, orang pertama yang mereka cari ialah Pak we/Mak we mereka.Tak gitu??

"Eh!eh!Saya tok gewe laa.apo kelass gewe2 niehh.oho~"

Oh!Oh!bukan Mak we/Pak we sahaja, sahabat karib tak karib malah ibu bapa juga termasuk sama.

"Habis!kita nak mengadu kepada siapa lagi??sekurang-kurangnya perlu juga seorang dua manusia dengar masalah kita!!"

okay2.usah sentimental disini.sudah cukup sudah~
apa yang saya ingin katakan disini ialah kita sebagai Umat ISLAM perlulah menjadikan Allah, Tuhan kita sebagai tempat mengadu.bukankah itu Tauhid Rubbubiyyah.
Kita juga sentiasa berdoa dalam surah Al-Fatihah : Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
aha!Jadi, apabila kita berdepan dengan perasaan tersebut, ingatlah Allah.

Insya-Allah, perasaan tersebut dapat dikurangkan. Malah dapat dikurangkan lagi apabila kita berkongsi dengn orang lain.oho~
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah:

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku akan ingat(memberi rahmat & ampunan) kepadamu

Oleh itu, Hadirin-Hadirat sekalian, ingin saya berkongsi rasa dengan anda semua. baru shaja pagi tadi saya berasa kecewa. But, it's not a big deal.bukan masalah besar pun. Cuma kekalahan mengejut Liverpool FC kepada West Bromwich Albion dengan kekalahan 0-2 shaja.Berikut adalah Highlight nya:


แอดเะ๐ฤฮฺ์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์์... by footyroom


Tidak mengapa, kekalahan ini ibarat hujan sebelum muncul Matahari.tak gitu??
YNWA!!!

P/s: Hobi saya sahaja, Jangan Marah ahh.Nanti Cepat Tua~

Friday, February 8, 2013

Ikhlas, perkara apa itu??

Assalamualaikum W.B.T

Selamat Sejahtera

Kumulakan post blogku ini dengan nama tuhanku ...


Anda pernah melakukan sesuatu pekerjaan dalam jangka masa yang lama?? Pernah berasa 'fed up' ataupun bosan dengan kerja yang anda lakukan?? Atau anda pernah berasa yang pekerjaan yang anda lakukan tersebut adalah perkara yang sia-sia??

Hmmmm ... Jika anda pernah, saya pun pernah juga berasa demikian. Sesungguhnya hal itu adalah perkara biasa bagi insan biasa seperti kita. Tak begitu?mengangguk tanda faham. Apa yang anda faham??

Adakah anda tahu perasaan seperti di atas hanya muncul pada orang yang tidak bersabar, atau boleh dikatakan sebagai orang yang sikapnya terburu-buru?? Mata terbeliak!mulut mengomel sendirian "betulkah?? Tapi saya bukan jenis macam tu laa, saya orang yang penyabar." Hakkttuiiihhh!!

Mengaku sahajalah Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian. Kadang-kadang, kita kena mengaku jugak kelemahan kita. Mana ada orang yang SEMPURNA dalam hidupnya. betul tak?? tutp mata sambil mengangguk. fahamkah??

Sebenarnya, mengikut akal fikiran dan pendapat EnHappy, perasaan diatas akan timbul dihati apabila niat dalam hati tidak betul-betul ikhlas. Benarkah??
Ada benar sihh.

Cuba Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian fikir, jika anda ikhlas, sudah tentu sifat sabar akan lahir dalm diri. Tiada perasaan 'fed-up' ataupun bosan ketika melakukan sesuatu kerja yang sama. betul atau tidak??

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, apa kata kita berkenalan dengan sikap IKHLAS. Shall we?

Okay! Kamus Dewan edisi ke-14 terbitan Blog Fikiranku mendefinisikan Ikhlas adalah satu sikap yang akan menyebabkan seseorang melakukan dengan kerelaan hati sendiri tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. Perasaan tersebut lahir apabila seseorang itu suka untuk melakukan perbuatan tersebut. betul atau tidak?

Salah seorang Ulama' ada menyebut tentang Ikhlas yang berbunyi : Ikhlas itu diibaratkan sebagai seekor semut hitam diatas batu berwarna hitam pada waktu malam.

Haa! Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian, kata-kata ulama' ini menunjukkan bahawa sifat Ikhlas sememangnya sukar untuk dipraktikkan dan diamalkan dalam seharian. "habis tu, macam mana nak ada sifat ikhlas dalam diri??" Buat muka masam, mencebik bibir ala-ala Baby face.pttuuiihh!!

"Susahnye!" Omel sendiri sambil jari-jemari bermain dagu. Otak berfikir ligat.
Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian, Allah itu maha Adil. Tahu?
Cuba fikir, mengapa Tuhan letakkan sifat Ikhlas ini sukar?? Sudah tentulah dia mahu menguji kita sama ada kita benar-benar mahukan perasaan Ikhlas ataupun tidak.
Allah berfirman:

"Ataukah kamu berfikir bahawa kamu akan masuk Syurga, 
sedangkan belum datang kepadamu ujian."
-al-Baqarah : 214-

Tidakkah anda semua lihat, setiap kejadian selepas kesusahan, pasti kesenangan akan datang.betul tak?
"Ala macam pantun tuh.. bagaimana bunyinya ...."
Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian, cuba kita lihat pada praktikal solat seharian, ketika kita masih di usia jagung, ibu bapa kita sentiasa menyuruh kita solat. Hal ini adalah demikian kerana Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :
"Ajarlah anakmu solat pada umur 7tahun dan 
pukullah dia pada umur 10 tahun jika dia tidak mahu solat"



"Urmmm, ibu bapa saya  tak pernah pon buat macam tu pun pada saya." Errr!buat muka tidak tahu dan menyanyi melodi ala-ala Ombak Rindu. Lalalalalala~

Okay! kalu kita tengok berdasarkan hadis di atas, pada waktu kecil kita sudah dipaksa untuk mengerjakan solat lima waktu. Dan sudah semestinya, sifat ikhlas itu tiada dalam diri.

Namun, Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian, apabila kita telah membiasakan solat walaupun dalam keadaan terpaksa, lama-kelamaan sifat Ikhlas itu akan lahir.
Oleh itu, untuk melahirkan sifat Ihklas, paksaan itu penting walaupun amalan yang dibuat tanpa Ikhlas tidak diterima Allah, tapi sekurang-kurangnya kita sedang berusaha untuk Ikhlaskan diri kita melakukan solat. Tak begitu??  Errrrr~

So, When Sincere is in your Heart, semua amalan kita akan menjadi satu amalan yang dilakukan dengan sukarela tanpa mempunyai perasaan negatif ketika melaksanakannya.

Malah, sesuatu perkara akan menjadi satu ibadat apabila kita, umat Islam melakukan sesuatu pekerjaan dengan niat ikhlas kerana Allah Taala. 

"so, kalau perbuatan tu jadi ibadat, apa speselnya??" mata terbeliak terkejut dengan soalan tersebut.
"yang speselnya, pahala masyuklaa 'CERDIK'.buat-buat tak tahu konon"
angkat 2 jari tanda keamanan. heee~
Lagi, Tuan-Puan, apabila sifat Ikhlas wujud dalam diri, kita akan tidak lagi berasa bosan ketika melakukan sesuatu pekerjaan, malah! Kita akan lebih bersemngat untuk melakukan yang terbaik.
"Wah!! Bestnyer." mata bersinar-sinar.

Wallahua'alam
Semoga Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian mendapat input-input berguna
Terima kasih!

Thursday, June 21, 2012

Mahu Kejayaan?.Kecek sajo~

Assalamualaikum W.B.T

Kumulakan entri blogku dengan ucapan Bismillah

Suasana tiba-tiba gegak gempita dengan suara sorakan dan laungan 'merdeka!merdeka!' Dewan yang sebelum ini hanya kedengaran bunyi kipas dan lampu(?), sekarang ini gegak gempita dengan laungan keramat yang hanya diucapkan apabila sebulan sebelum dan selepas Hari Kemerdekaan Negara Malaysia. Namun hari ini, dewan yang memuatkan 176 orang pelajar telah berjaya menduduki peperiksaan SPM. Peperiksaan yang menentukan hidup mati pelajar Malaysia.

Sebelum cerita ini disambung menjdai lebih panjang, mari kita sama-sama undur masa hingga beberapa bulan sebelum bermulanya Ujian Kalah Mati pelajar Malaysia. Shall we?

Sepanjang tahun ini yakni tahun 2012, setiap hari bagaikan dilema. Hal ini kerana saban hari guru-guru menyuap para pelajar dengan Kerja sekolah yang tak terkira benyaknya sehinggakan para pelajar turut menjadi muak. Dan termasuklah diriku ini. Namun, demi kejayaan 11A+ SPM 2012. Akan kusanggup bergadai nyawa untuk mendapatkannya. Senyum.

Sebenarnya, tak tersampai tahap itu untukku berjaya dalam peperiksaan SPM. Cukuplah keputusan aku itu membolehkan aku menimba ilmu Tuhan serta mendapat Rezeki yang murah. Amin~
Namun, aku pernah menepuk dadaku dan berkata 11A! Setiap kali aku mengatakan aku boleh menggapainya dan pada saat ini kumasih rasa begitu. Dan setiap kali kumelakukan perbuatan itu, kumendapat satu semangat baharu untukku menggapai salah satu Impianku.

Kunci mulut.Otak berputar ligat. Kepala berpaling kanan dan kiri.

Sebenarnya, perkara di atas hanyalah Iklan semata-mata untuk membawa anda semua ke motifku yang sebenar.Hoho

Sebenarnya, cuba kita perhatikan persekitaran kita. Cuba lihat diri kita terutamanya yang menduduki peperiksaan tidak kiralah sama ada peperiksaan UPSR, PMR, SPM STPM mahupun STAM. kita sentiasa laungkan matlamat kita yakni mendapat 'Semua A' dalam peperiksaan di atas. Namun, apa yang kita telah usahakan?Cuba kita lihat.

Ya! Diriku bukan ingin mengata anda semua. Menggeleng sambil berkata 'no' berkali-kali. Cuba kita tengok. Apa matlamat sebenar kita di atas muka bumi ini?
"Wah!EnHappy ni dah macam ustazlaa.Shuke-shuke nye". Lubang hidung membesar.

Cuma ingin berkongsi dengan anda semua, pernah tak anda menonton Filem 3idiots? Jika ya, tahniah kerana anda telah menonton filem yang sarat dengan pengajaran. Namun, amat malang untuk anda jika anda hanya tahu menonton sahaja. Esh3
Jika tidak, anda dipersilakan untuk keluar ke rumah, mencari cakera padat atau sewaktu dengannya yang mengandungi Filem ini. Dan!! jangan beli sahaja. Anda juga dipersilakan untuk menontonnya bersama dengan ahli keluarga atau sahabat handai anda yang lain. Cumanya, jika ada sesuatu yang dianggap L*c*h, janganlah anda menikmatinya pula ya!
#tak lucah pon sebenarnya. Cuma 13SX aje.Hoho


Okay! Berbalik kepada perbincangan kita tadi. Sebelum saya lanjutkan penjelasan saya, saya mahu anda menukarkan mata anda kepada mata lebah. Bukan mata lalat.Mata lebah maknanya berfikir dengan posirif manakala mata lalat membawa maksud berfikir dengan negatif.

Berdasarkan filem ini, kita boleh mengambil banyak pengajaran. Salah satu yang ingin saya terangkan disini adalah tentang menuntut ilmu. Jika kita perhatikan watak utama filem ini, Rancho, kita akan mendapati dia ialah Aamir Khan. Cukup terkenal. Tidaklah! bukan itu maksud saya. Rancho seorang yang berfikiran terbuka nakal dan bergaya hidup bebas tapi terkawal. Namun harus diingatkan juga, dia seorang yang cintakan ilmu. Mengapa saya berkata demikian? Tidakkan anda lihat? Tidak? Anda hayatilah ceritanya dan pasti anda akan tergelak ketawa tersesak menangis dan macam lagi. Dan berkat hasil usahanya, walaupun dia kita lihat sentiasa bermain, akhirnya dia berjaya. Bukan sahaja dalam peperiksaan, malah dalam hidupnya juga.

Secara Tuntasnya, boleh kita simpulkan bahawa sebenarnya Rancho ini seorang yang betul-betul inginkan ilmu. Bukan seperti kita, hanya mahu dapatkan gred A sahaja dalam setiap Ujian. Rancho juga aku lihat sememangya ikhlas dalam belajar, bukan seperti dua sahabat karibnya iaitu Farhan dan Raju. Oleh itu, satu tips yang aku peroleh dan ingin kukongsi bersama anda :

Jika Anda mahukan Kejayaan sama ada Dunia atau Akhirat, 
tuntutlah ilmu dengan seikhlas mungkin

dan tips ini sememangnya berkait rapat dengan satu hadis nabi yang mafhumnya,

Jika kamu mahukan dunia, tuntulah ilmu. 
Jika kamu mahukan Akhirat, tuntutlah ilmu. 
Jika kamu mahu kedua-duanya sekali, tuntulah ilmu.

Oleh itu, adakah kita betul-betul mahukan kejayaan? Jika Ya! Marilah kita sama menuntut dengan hati yang penuh Ikhlas dan sifat Cinta akan Ilmu. Kata-kata berbaur karangan Bahasa Melayu.Hoho

Sebelum aku akhiri entri kali ini, jom kita layan lagu daripada 3idiots : All iz Well!!



P/s : Jika anda benda yang tak baik tuh, jangan dilihat ye!!Okay!

Tuesday, June 5, 2012

Permulaan ... Sebuah Reformasi


Assalamualaikum W.B.T

Kumulakan Post blogku ini dengan ucapan Basmalah ...

Alhamdulillah. Terbuka hati aku untuk menulis post ini. Kalau nak diikutkan hati, nak tutup sahaja blog ini. Namun apakan daya. Kugagahi juga. Melawan perasaan M A L A S. Muahahahaa. Ketawa jahat dan senyum seorang diri. Ya! itulah hakikat diri ini, sememangnya tiada daya kalau Tuhan tak nak bagi daya. tak gitu? Jadi, syukurlah kerana Tuhan bagi kekuatan dan masa ( banyak masa sebenarnya.malas aje) serta juga daya.Alhamdulillah. Berzikir sambil tersenyum. Hoho

Sebenarnya, post atau entri kali ini aku cuma nak memberitahu bahawa blog ini yakni 'Fikiranku-Happy' akan atau sedang atau telah mengalami perubahan/reformasi. Perubahan ini berlaku disebabkan beberapa faktor dan faktor ini aku sememangnya tak nak pun berkongsi dengan anda semua.Muahahaha. Gelak sambil mata tertutup rapat. Budak Kelantan (Qlatey) kata : 'ripit'. Hoho
*Berhijrahlah katakan.baik kepada lebih baik

Okeyh. Aku juga nak bagitahu bahawasanya aku dah tak nak tulis 'short form' dalam blog ini. Bukan 'short form' saja, bahasa 'slanga' pon aku dah tak nak guna. Cendekiawan Bahasa cakap  PENCEMARAN BAHASA TELAH BERLAKU!!! Beliau berlari sambil membawa penukul untuk memukul aku dek kerana aku sentiasa menggunakan bahasa 'slanga'. Aku menjerit dan terjaga daripada tidur. *Rekaan semata-mata. Hoho . Oleh itu, aku dah tak nak guna dah bahasa 'slanga' ini sebab penggunaan bahasa inilah yang membuatkan aku mendapat B+ dalam PKBS1 2012. Air mata bercucuran. tak sedih pon sebenarnya. Cuma terkilan. Mulutku ternganga. Subjek yang aku memang berharap dapat A. Namun, Drama ini masih belum berakhir tapi sedih sudah hilang. Hoho

[En. Zainal Abidin B. Ahmad]


Walaubagaimanapun, aku berharap agar bahasa yang aku gunakan sekarang ini, menepati piawaian Tokoh Bahasa Kebangsaan, Za'Ba. "Maaf ya Atuk. Saya sedar saya salah. Tak nak kena pukul lagi dah. Dah serik tuk." Kumengomel seorang diri . Dan Insya-Allah aku akan sentiasa gunakan bahasa Melayu yang tepat dan betul. Hoho
*Tengah mengamalkan penulisan Bahasa Melayu yang aku sentiasa guna ketika jawab kertas peperiksaan format UPSR, PMR & SPM. Kalau tak amal sekarang, bila lagi. Tak gitu??

Dan aku juga nak bagitahu bahawa penghijrahan ini berlaku adalah kerana aku merasakan ayat aku xcukup tak cukup berbunga untuk anda semua baca.
Angkat tangan."Mengapa berbunga EnHappy??anda mahu tulis Novel Jiwangkah??
Ahaa! Aku telah mengciplak ayat Inche Gabbana (Maafkan saya senior) Hoho ...
Aku taklah pandai sangat nak cipta ayat berbunga. nak ciplak tu bolehlah. Cumanya, aku tertarik sahaja untuk menggunakan ayat berbunga ini.
Angkat tangan. " Tapi mengapa?"
"Oh!sebab tertarik dengan entri blog Senior Inche Gabbana lah. Hoho
*Inche Gabbana-blogger yang aku hormati: Blognya( http://www.angelwearsgucci.blogspot.com/ )
*EnHappy/Ibnu/aku - gelaran yang aku guna untuk diriku.okay?Hoho

Jadi, kepada pembaca blog Fikiranku-Happy sekalian terutamanya yang sentiasa buka blog EnHappy ini, kumohon ribuan kemaafan kerana jarang menyiarkan entri terbaharu.
Maafkan kami~eh!Maafkan aku~Maafkan aku~ Hoho

Oleh itu, Terimalahh!!!tanpa Subtitle!! Hoho


[Soundtrack Kamen Rider Fourze - Giant Step]

One Big Giant Step!!

- EnHappy -

P/s1
:- Post aku ini sahaja-sahaja okay. jangan terlalu sentimen dengan perkara dalam blog ini. Jika ada
Maafkan aku~Maafkan kami~

P/s2
:- Kalau nak puji, pujilah.sesungguhnya pujian hanyalah untuk Tuhan EnHappy, Allah.
:-Kalu nak maki, makilah. Sesungguhnya aku lebih suka orang maki depan aku daripada maki                belakang aku
:- Tapi, sekurang-kurangya respon laa ye~ Hoho

Thursday, March 29, 2012

Lagu :: Spider - Tapi Bagaimana ...

Assalamualaikum W.B.T

Kumulakan Blog postku ini dengan ucapan Basmalah ...


Setelah 2 minggu ku tak menjejakkan ke hadapan komputer, sekaranglah masanya ....
Waktu Pulang!!!!Okaayy!!!Komputer!!!Komputer!!!
*aQ org sederhana jew, mane adew Lappy(laptop) macam orang laen ... hoho
 namun, kubangga dengan semua itu ...

okayy!!Post kali ini ku ingin ber J I W A N G ...hohoho
ikutlah apa orang nak kata.

aQ sebagai manusia normal, lelaki actually, a B O Y (bukan M A N lagi) ada perasaan/ hati
jadi xsalah untukku ber J I W A N G ... cuma ada batasnya ...
*bak kata U A I : Jangan sampai jadi N A J I S ... hohoho

wokey!!Lagu kali ini ialah lagu daripada telenovela Vanilla Coklat, iaitu

T A P I  B A G A I M A N A 

yang dinyanyikan oleh kumpulan Spider ... hooohohoho