assalamualaikum

Sunday, March 17, 2013

Memori itu~

Assalamualaikum W.B.T

Salam Sejahtera

Kumulakan Post blogku dengan nama Tuhanku

Tanggal 4 Januari sebenarnya merupakan satu tarikh KERAMAT. Pada mulanya, saya fikir, pada hari tersebut, mimpi ngeri saya bermula. Aaaaaarrrrggghhhh!!!! jeng!! jeng!! jeng!!

Namun, apa yang difikirkan adalah sebaliknya. fuuuhhh~

Betullah firman-Nya :

Diwajibkan keatas kamu berperang. padahal itu tidak menyenankan kamu. 
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. 
Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. 
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
(2 : 214)

Rupa-rupanya, mimpi ngeri tersebut adalah satu bibit-bibit manis yang mencorakkan hidup saya serta sedikit sebanyak memberi pengalaman yang amat manis. Ops! Pengalaman yang paling manis setakat ini dalam hidup saya.

Memori itu bermula apabila saya mula menjejakkan kaki di Kem PLKN Merang Suria Holiday Camp pada tanggal 4 Januari 2013 pada 1100H.

Mendaftar diri, Berkenalan dengan sahabat baharu, melangkah ke dewan makan. memasuki kelas, menimba ilmu baharu, bertafahum dengan sahabat baharu. menganjur program, membantu jurulatih-jurulatih, berbual bicara, betengkar bertempik bersama-sama, memenangi acara, mendapat itu dan ini, menyertai aktiviti secara 100% sama ada dalam atau luar kelas, dalam atau luar kem, mandi kolah bersama-sama.eh!

Semuanya aturan Tuhan.Semuanya Takdir yang telah ditetapkan. Semuanya menjadi memori indah.

Memori indah hanyalah dicipta dalam masa 3 bulan. Berakhirnya memori ini pada waktu pagi pada 16 Jun 2013. Suara teresak-esak menahan kepedihan berpisah. Air mata ditahan, namun tetap mengalir dek kerana tidak mahu berpisah denga sahabat yang baru berkenalan dalam masa yang singkat.
- Pelatih-pelatih berbangsa Cina di Kem PLKN MSHC -

Gambar diambil menjadi kenangan di waktu rindu. Kesedihan jelas terpancar pada wajah-wajah pelatih. tak kira jantina, wira mahupun wirawati. Namun, segelintir cuba menutupinya dengan menyanyi lagu.
Hakikatnya, semua tak mahu berpisah. tapi terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi.

Dan pada hari ini, setelah seharian berpisah tanpa mendengar suara, tanpa bersua muka. Walaupun mukabuku menjadi penghubung, walaupun SMS menjadi perantara, perkara ini tetap tidak mampu membalas rindu ini.

Jika diingat kembali memori Indah tersebut, kolam mata pasti bertakung, air mesti mengalir menuruni lurah pipi, hingus pasti meleleh keluar.eh! 

Sesungguhnya, perkara ini bukanlah satu pengalaman yang menakutkan, sebaliknya pengalaman yang mungkin tak terjangkau di pemikiran anda sekalian. Terlampau Indah.

Pada mulanya, apabila disemak, saya mendapat  panggilan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN). pada ketika itu, saya rasa inilah perkara yang paling malang yang berlaku dalam hidup saya. Saya mengadu kepada Bonda, Ayahanda yang menyahut untuk memujuk, "tak pe, dapat elaun RM150 sebulan."

Sedikit sebanyak hati terubat.ehe~mata Duitan EnHappy.hihi

Tapi, pada ketika itu, saya sendiri belum tahu apa yang akan, bakal terjadi.
Sebelum ini saya mendengar daripada, sahabat-sahabat, senior-senior bahawasanya panggilan PLKN buat orang yang malang sahaja.
Dan pada ketika itu, fikiran saya menggetus " Beruntungnya orang yang tak dapat PLKN"

Namun, itu hanya kenyataan sebelum menghadapi peristiwa sebenar. Fakta tanpa bukti kukuh. Pengalaman tanpa merasai yang sebenar.

Pada hari ini,  setelah 3 bulan menghadapi situasi sebenar. Setelah 3 bulan mengalami apa yang dikatakan mimpi ngeri itu, saya dapati perkara ini tak seburuk yang disangka. tak sengeri yang dikata. 
Dan sebenarnya perkara inilah yang menjadi pengalaman yang berguna untuk menghadapi bahtera kehidupan yang mencabar kelak.

Antara Ahli Pelatih dan Jurulatih Kompeni Delta Kem PLKN MSHC

aQ dengan sahabat Cina, Ong.
Kawaaii dessu~

Malam 'Lambaian Desa'
Malam perpisahan kami, pelatih Program Latihan Khidmat Negara Kump.1 siri 10/2013.
-memori indah bersama-








-Saat Perpisahan :( -

Jika diingat kembali, kolam mata pon boleh bertakung. Air hingus pon boleh meleleh.
Dek kerana rindu untuk bersama dengan sahabat-sahabat PLKN. 

Walaupun masa 3 bulan itu cukup singkat. Namun, saat-saat itulah saya dan sahabat-sahabat saya dapat mengenal hati budi masing-masing. dapat mengagak apa yang disuka, apa yang tak disuka.

Walaupun masa 3 bulan itu cukup singkat, namun, waktu itulah yang sekarang ini kami rindu untuk bersama kembali.

Jadi kepada sahabat-sahabat diluar sana, bersyukurlah jika anda mendapat panggilan PLKN. Redhalah dengan apa yang akan terjadi. 

Jika anda mendapat panggilan PLKN, perkara pertama yang anda harus buat adalah :
Berfikiran positif.
Berfikir bahawa perkara ini adalah ujian daripada Tuhan.
Berfikir bahawa perkara ini ada hikmah di sebaliknya.

Dengan itulah, anda mampu untuk merasai manisnya perkenalan itu, manisnya komunikasi itu, pahitnya pertengkaran itu.

Dan memori ini sudah tentu akan kukuh terpahat di hati dan ingatan saya sendiri. Bi iznillah.
Oleh itu, saya seru kepada sahabat-sahabat handai sekalian,
Nikmatilah panggilan PLKN itu! Sesungguhnya, perkara ini berlaku dengan izin Allah, saya terpilih kerana Allah yang memilih saya.
Allah telah memilih saya untuk bertemu dengan sahabat yang sumpah Kool, Osem, Sporting, Bijak, Hensem, Kiut dalam satu program. program yang dinamakan Program Latihan Khidmat Negara.

Biarlah orang kata PLKN itu adalah singkatan kepada Pelatih Letih Kerana Najib,
Biarlah orang kata PLKN itu perkara yang membazir masa, tenaga

tapi ingatlah, 
We Are What we Think We Are.

Bersangka baiklah,
Berfikirlah secara positif.
okkai!


KERANA ALLAH KITA BERTEMU, KERANA ALLAH KITA BERPISAH!


TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABAT SERTA JURULATIH-JURULATIH PLKN MSHC ATAS MEMORI YANG BEGITU INDAH INI. : )  ENHAPPY



3 comments:

  1. such great words....nak meleleh da nie...hehe...;::: (

    ReplyDelete
  2. hahaha.power dok power
    asal ingat memori ini xpo dohh.
    kishishishishi :D

    ReplyDelete