assalamualaikum

Friday, February 8, 2013

Ikhlas, perkara apa itu??

Assalamualaikum W.B.T

Selamat Sejahtera

Kumulakan post blogku ini dengan nama tuhanku ...


Anda pernah melakukan sesuatu pekerjaan dalam jangka masa yang lama?? Pernah berasa 'fed up' ataupun bosan dengan kerja yang anda lakukan?? Atau anda pernah berasa yang pekerjaan yang anda lakukan tersebut adalah perkara yang sia-sia??

Hmmmm ... Jika anda pernah, saya pun pernah juga berasa demikian. Sesungguhnya hal itu adalah perkara biasa bagi insan biasa seperti kita. Tak begitu?mengangguk tanda faham. Apa yang anda faham??

Adakah anda tahu perasaan seperti di atas hanya muncul pada orang yang tidak bersabar, atau boleh dikatakan sebagai orang yang sikapnya terburu-buru?? Mata terbeliak!mulut mengomel sendirian "betulkah?? Tapi saya bukan jenis macam tu laa, saya orang yang penyabar." Hakkttuiiihhh!!

Mengaku sahajalah Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian. Kadang-kadang, kita kena mengaku jugak kelemahan kita. Mana ada orang yang SEMPURNA dalam hidupnya. betul tak?? tutp mata sambil mengangguk. fahamkah??

Sebenarnya, mengikut akal fikiran dan pendapat EnHappy, perasaan diatas akan timbul dihati apabila niat dalam hati tidak betul-betul ikhlas. Benarkah??
Ada benar sihh.

Cuba Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian fikir, jika anda ikhlas, sudah tentu sifat sabar akan lahir dalm diri. Tiada perasaan 'fed-up' ataupun bosan ketika melakukan sesuatu kerja yang sama. betul atau tidak??

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, apa kata kita berkenalan dengan sikap IKHLAS. Shall we?

Okay! Kamus Dewan edisi ke-14 terbitan Blog Fikiranku mendefinisikan Ikhlas adalah satu sikap yang akan menyebabkan seseorang melakukan dengan kerelaan hati sendiri tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. Perasaan tersebut lahir apabila seseorang itu suka untuk melakukan perbuatan tersebut. betul atau tidak?

Salah seorang Ulama' ada menyebut tentang Ikhlas yang berbunyi : Ikhlas itu diibaratkan sebagai seekor semut hitam diatas batu berwarna hitam pada waktu malam.

Haa! Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian, kata-kata ulama' ini menunjukkan bahawa sifat Ikhlas sememangnya sukar untuk dipraktikkan dan diamalkan dalam seharian. "habis tu, macam mana nak ada sifat ikhlas dalam diri??" Buat muka masam, mencebik bibir ala-ala Baby face.pttuuiihh!!

"Susahnye!" Omel sendiri sambil jari-jemari bermain dagu. Otak berfikir ligat.
Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian, Allah itu maha Adil. Tahu?
Cuba fikir, mengapa Tuhan letakkan sifat Ikhlas ini sukar?? Sudah tentulah dia mahu menguji kita sama ada kita benar-benar mahukan perasaan Ikhlas ataupun tidak.
Allah berfirman:

"Ataukah kamu berfikir bahawa kamu akan masuk Syurga, 
sedangkan belum datang kepadamu ujian."
-al-Baqarah : 214-

Tidakkah anda semua lihat, setiap kejadian selepas kesusahan, pasti kesenangan akan datang.betul tak?
"Ala macam pantun tuh.. bagaimana bunyinya ...."
Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian, cuba kita lihat pada praktikal solat seharian, ketika kita masih di usia jagung, ibu bapa kita sentiasa menyuruh kita solat. Hal ini adalah demikian kerana Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :
"Ajarlah anakmu solat pada umur 7tahun dan 
pukullah dia pada umur 10 tahun jika dia tidak mahu solat"



"Urmmm, ibu bapa saya  tak pernah pon buat macam tu pun pada saya." Errr!buat muka tidak tahu dan menyanyi melodi ala-ala Ombak Rindu. Lalalalalala~

Okay! kalu kita tengok berdasarkan hadis di atas, pada waktu kecil kita sudah dipaksa untuk mengerjakan solat lima waktu. Dan sudah semestinya, sifat ikhlas itu tiada dalam diri.

Namun, Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian, apabila kita telah membiasakan solat walaupun dalam keadaan terpaksa, lama-kelamaan sifat Ikhlas itu akan lahir.
Oleh itu, untuk melahirkan sifat Ihklas, paksaan itu penting walaupun amalan yang dibuat tanpa Ikhlas tidak diterima Allah, tapi sekurang-kurangnya kita sedang berusaha untuk Ikhlaskan diri kita melakukan solat. Tak begitu??  Errrrr~

So, When Sincere is in your Heart, semua amalan kita akan menjadi satu amalan yang dilakukan dengan sukarela tanpa mempunyai perasaan negatif ketika melaksanakannya.

Malah, sesuatu perkara akan menjadi satu ibadat apabila kita, umat Islam melakukan sesuatu pekerjaan dengan niat ikhlas kerana Allah Taala. 

"so, kalau perbuatan tu jadi ibadat, apa speselnya??" mata terbeliak terkejut dengan soalan tersebut.
"yang speselnya, pahala masyuklaa 'CERDIK'.buat-buat tak tahu konon"
angkat 2 jari tanda keamanan. heee~
Lagi, Tuan-Puan, apabila sifat Ikhlas wujud dalam diri, kita akan tidak lagi berasa bosan ketika melakukan sesuatu pekerjaan, malah! Kita akan lebih bersemngat untuk melakukan yang terbaik.
"Wah!! Bestnyer." mata bersinar-sinar.

Wallahua'alam
Semoga Tuan-Puan, Adik-Kakak, Hadirin-Hadirat sekalian mendapat input-input berguna
Terima kasih!

2 comments: