assalamualaikum

Tuesday, June 5, 2012

Permulaan ... Sebuah Reformasi


Assalamualaikum W.B.T

Kumulakan Post blogku ini dengan ucapan Basmalah ...

Alhamdulillah. Terbuka hati aku untuk menulis post ini. Kalau nak diikutkan hati, nak tutup sahaja blog ini. Namun apakan daya. Kugagahi juga. Melawan perasaan M A L A S. Muahahahaa. Ketawa jahat dan senyum seorang diri. Ya! itulah hakikat diri ini, sememangnya tiada daya kalau Tuhan tak nak bagi daya. tak gitu? Jadi, syukurlah kerana Tuhan bagi kekuatan dan masa ( banyak masa sebenarnya.malas aje) serta juga daya.Alhamdulillah. Berzikir sambil tersenyum. Hoho

Sebenarnya, post atau entri kali ini aku cuma nak memberitahu bahawa blog ini yakni 'Fikiranku-Happy' akan atau sedang atau telah mengalami perubahan/reformasi. Perubahan ini berlaku disebabkan beberapa faktor dan faktor ini aku sememangnya tak nak pun berkongsi dengan anda semua.Muahahaha. Gelak sambil mata tertutup rapat. Budak Kelantan (Qlatey) kata : 'ripit'. Hoho
*Berhijrahlah katakan.baik kepada lebih baik

Okeyh. Aku juga nak bagitahu bahawasanya aku dah tak nak tulis 'short form' dalam blog ini. Bukan 'short form' saja, bahasa 'slanga' pon aku dah tak nak guna. Cendekiawan Bahasa cakap  PENCEMARAN BAHASA TELAH BERLAKU!!! Beliau berlari sambil membawa penukul untuk memukul aku dek kerana aku sentiasa menggunakan bahasa 'slanga'. Aku menjerit dan terjaga daripada tidur. *Rekaan semata-mata. Hoho . Oleh itu, aku dah tak nak guna dah bahasa 'slanga' ini sebab penggunaan bahasa inilah yang membuatkan aku mendapat B+ dalam PKBS1 2012. Air mata bercucuran. tak sedih pon sebenarnya. Cuma terkilan. Mulutku ternganga. Subjek yang aku memang berharap dapat A. Namun, Drama ini masih belum berakhir tapi sedih sudah hilang. Hoho

[En. Zainal Abidin B. Ahmad]


Walaubagaimanapun, aku berharap agar bahasa yang aku gunakan sekarang ini, menepati piawaian Tokoh Bahasa Kebangsaan, Za'Ba. "Maaf ya Atuk. Saya sedar saya salah. Tak nak kena pukul lagi dah. Dah serik tuk." Kumengomel seorang diri . Dan Insya-Allah aku akan sentiasa gunakan bahasa Melayu yang tepat dan betul. Hoho
*Tengah mengamalkan penulisan Bahasa Melayu yang aku sentiasa guna ketika jawab kertas peperiksaan format UPSR, PMR & SPM. Kalau tak amal sekarang, bila lagi. Tak gitu??

Dan aku juga nak bagitahu bahawa penghijrahan ini berlaku adalah kerana aku merasakan ayat aku xcukup tak cukup berbunga untuk anda semua baca.
Angkat tangan."Mengapa berbunga EnHappy??anda mahu tulis Novel Jiwangkah??
Ahaa! Aku telah mengciplak ayat Inche Gabbana (Maafkan saya senior) Hoho ...
Aku taklah pandai sangat nak cipta ayat berbunga. nak ciplak tu bolehlah. Cumanya, aku tertarik sahaja untuk menggunakan ayat berbunga ini.
Angkat tangan. " Tapi mengapa?"
"Oh!sebab tertarik dengan entri blog Senior Inche Gabbana lah. Hoho
*Inche Gabbana-blogger yang aku hormati: Blognya( http://www.angelwearsgucci.blogspot.com/ )
*EnHappy/Ibnu/aku - gelaran yang aku guna untuk diriku.okay?Hoho

Jadi, kepada pembaca blog Fikiranku-Happy sekalian terutamanya yang sentiasa buka blog EnHappy ini, kumohon ribuan kemaafan kerana jarang menyiarkan entri terbaharu.
Maafkan kami~eh!Maafkan aku~Maafkan aku~ Hoho

Oleh itu, Terimalahh!!!tanpa Subtitle!! Hoho


[Soundtrack Kamen Rider Fourze - Giant Step]

One Big Giant Step!!

- EnHappy -

P/s1
:- Post aku ini sahaja-sahaja okay. jangan terlalu sentimen dengan perkara dalam blog ini. Jika ada
Maafkan aku~Maafkan kami~

P/s2
:- Kalau nak puji, pujilah.sesungguhnya pujian hanyalah untuk Tuhan EnHappy, Allah.
:-Kalu nak maki, makilah. Sesungguhnya aku lebih suka orang maki depan aku daripada maki                belakang aku
:- Tapi, sekurang-kurangya respon laa ye~ Hoho

No comments:

Post a Comment