assalamualaikum

Thursday, June 21, 2012

Mahu Kejayaan?.Kecek sajo~

Assalamualaikum W.B.T

Kumulakan entri blogku dengan ucapan Bismillah

Suasana tiba-tiba gegak gempita dengan suara sorakan dan laungan 'merdeka!merdeka!' Dewan yang sebelum ini hanya kedengaran bunyi kipas dan lampu(?), sekarang ini gegak gempita dengan laungan keramat yang hanya diucapkan apabila sebulan sebelum dan selepas Hari Kemerdekaan Negara Malaysia. Namun hari ini, dewan yang memuatkan 176 orang pelajar telah berjaya menduduki peperiksaan SPM. Peperiksaan yang menentukan hidup mati pelajar Malaysia.

Sebelum cerita ini disambung menjdai lebih panjang, mari kita sama-sama undur masa hingga beberapa bulan sebelum bermulanya Ujian Kalah Mati pelajar Malaysia. Shall we?

Sepanjang tahun ini yakni tahun 2012, setiap hari bagaikan dilema. Hal ini kerana saban hari guru-guru menyuap para pelajar dengan Kerja sekolah yang tak terkira benyaknya sehinggakan para pelajar turut menjadi muak. Dan termasuklah diriku ini. Namun, demi kejayaan 11A+ SPM 2012. Akan kusanggup bergadai nyawa untuk mendapatkannya. Senyum.

Sebenarnya, tak tersampai tahap itu untukku berjaya dalam peperiksaan SPM. Cukuplah keputusan aku itu membolehkan aku menimba ilmu Tuhan serta mendapat Rezeki yang murah. Amin~
Namun, aku pernah menepuk dadaku dan berkata 11A! Setiap kali aku mengatakan aku boleh menggapainya dan pada saat ini kumasih rasa begitu. Dan setiap kali kumelakukan perbuatan itu, kumendapat satu semangat baharu untukku menggapai salah satu Impianku.

Kunci mulut.Otak berputar ligat. Kepala berpaling kanan dan kiri.

Sebenarnya, perkara di atas hanyalah Iklan semata-mata untuk membawa anda semua ke motifku yang sebenar.Hoho

Sebenarnya, cuba kita perhatikan persekitaran kita. Cuba lihat diri kita terutamanya yang menduduki peperiksaan tidak kiralah sama ada peperiksaan UPSR, PMR, SPM STPM mahupun STAM. kita sentiasa laungkan matlamat kita yakni mendapat 'Semua A' dalam peperiksaan di atas. Namun, apa yang kita telah usahakan?Cuba kita lihat.

Ya! Diriku bukan ingin mengata anda semua. Menggeleng sambil berkata 'no' berkali-kali. Cuba kita tengok. Apa matlamat sebenar kita di atas muka bumi ini?
"Wah!EnHappy ni dah macam ustazlaa.Shuke-shuke nye". Lubang hidung membesar.

Cuma ingin berkongsi dengan anda semua, pernah tak anda menonton Filem 3idiots? Jika ya, tahniah kerana anda telah menonton filem yang sarat dengan pengajaran. Namun, amat malang untuk anda jika anda hanya tahu menonton sahaja. Esh3
Jika tidak, anda dipersilakan untuk keluar ke rumah, mencari cakera padat atau sewaktu dengannya yang mengandungi Filem ini. Dan!! jangan beli sahaja. Anda juga dipersilakan untuk menontonnya bersama dengan ahli keluarga atau sahabat handai anda yang lain. Cumanya, jika ada sesuatu yang dianggap L*c*h, janganlah anda menikmatinya pula ya!
#tak lucah pon sebenarnya. Cuma 13SX aje.Hoho


Okay! Berbalik kepada perbincangan kita tadi. Sebelum saya lanjutkan penjelasan saya, saya mahu anda menukarkan mata anda kepada mata lebah. Bukan mata lalat.Mata lebah maknanya berfikir dengan posirif manakala mata lalat membawa maksud berfikir dengan negatif.

Berdasarkan filem ini, kita boleh mengambil banyak pengajaran. Salah satu yang ingin saya terangkan disini adalah tentang menuntut ilmu. Jika kita perhatikan watak utama filem ini, Rancho, kita akan mendapati dia ialah Aamir Khan. Cukup terkenal. Tidaklah! bukan itu maksud saya. Rancho seorang yang berfikiran terbuka nakal dan bergaya hidup bebas tapi terkawal. Namun harus diingatkan juga, dia seorang yang cintakan ilmu. Mengapa saya berkata demikian? Tidakkan anda lihat? Tidak? Anda hayatilah ceritanya dan pasti anda akan tergelak ketawa tersesak menangis dan macam lagi. Dan berkat hasil usahanya, walaupun dia kita lihat sentiasa bermain, akhirnya dia berjaya. Bukan sahaja dalam peperiksaan, malah dalam hidupnya juga.

Secara Tuntasnya, boleh kita simpulkan bahawa sebenarnya Rancho ini seorang yang betul-betul inginkan ilmu. Bukan seperti kita, hanya mahu dapatkan gred A sahaja dalam setiap Ujian. Rancho juga aku lihat sememangya ikhlas dalam belajar, bukan seperti dua sahabat karibnya iaitu Farhan dan Raju. Oleh itu, satu tips yang aku peroleh dan ingin kukongsi bersama anda :

Jika Anda mahukan Kejayaan sama ada Dunia atau Akhirat, 
tuntutlah ilmu dengan seikhlas mungkin

dan tips ini sememangnya berkait rapat dengan satu hadis nabi yang mafhumnya,

Jika kamu mahukan dunia, tuntulah ilmu. 
Jika kamu mahukan Akhirat, tuntutlah ilmu. 
Jika kamu mahu kedua-duanya sekali, tuntulah ilmu.

Oleh itu, adakah kita betul-betul mahukan kejayaan? Jika Ya! Marilah kita sama menuntut dengan hati yang penuh Ikhlas dan sifat Cinta akan Ilmu. Kata-kata berbaur karangan Bahasa Melayu.Hoho

Sebelum aku akhiri entri kali ini, jom kita layan lagu daripada 3idiots : All iz Well!!



P/s : Jika anda benda yang tak baik tuh, jangan dilihat ye!!Okay!

No comments:

Post a Comment