Wajahmu ayu menawan,
Kenapa...
Dipalitkan topeng berandan,
Hingga hilang seri asli,
Menjadi tontonan,
Asyik mata yang tiada hak,
Tidakkah kau bimbang,
Ia akan cair mengalir,
Dan menitis pedih,
Kerana...
Panasnya api seksa untuk keegoan.
Mahkotamu yang panjang,
Kenapa...
Dibiarkan lepas bebas,
Ditiup angin nafsu,
Tidakkah kau takut ia disentap,
Dengan sisir panas daripada bara jahanam,
Hingga menggelegak ubun-ubun,
Balasan untuk keangkuhan.
Suaramu halus nan gemersik,
Lunak berhias merdu,
Melirik senyum manja,
Menggoncang iman tipis,
Tidakkah kau gentar,
Gelegak cairan timah,
Melalui lorong merencup keroncongmu,
Natijah untuk keengganan.
Tubuhmu yang indah terbentuk,
Kenapa...
Dibiarkan terdedah,
Benang dan pintal,
Yang singkat,jarang dan ketat,
Lenggok beralun membuang langkah memancing,
Jiwa-jiwa kontang,
Tidakkah kau gusar ia hangus,
Dijilat lahar murka,
Hadiah untuk keingkaran.
Muslimah tidak cukup hanya dengan taqwa,
Pakaian batin perlukan hijab pakaian yang zahir,
Kerana Islam bukan isi atau kulit sahaja,Tetapi...
Syumul untukmu dan semua.
No comments:
Post a Comment