Alhamdulillah akhirnye rezult PMR keluar...dan yang paling Ana gembira sekali...Ana dapat apa yang Ana impikan selama ini...9A alhamdulillah dan Ana juga rasa bertuah sebenarnya dapat bersekolah disini kerana hampir kesemua sahabat-sahabat Ana mendapat keputusan CEMERLANG...dapat A dah dikire CEMERLANG ape...keh3 Anyway kepada sahabat-sahabat Ana yang tak mendapat Rezult yang diimpikan...Jangan Sedih...لا تحزن(La Tahzan)...Dont be sad...悲しいことはありません(Kanashii koto wa arimasen)...mungkin ini adalah antara perkara sedih yang berlaku sebelum perkara gembira muncul...so:
CHEER UP OKAY!
Anyway ambillah pengajaran daripada dalil aqli ini:
Mentari bersinar di awal pagi itu. Semua makhluk bangkit mencari rezeki yang telah dihamparkan oleh tuhan. Tiba-tiba awan gelap muncul. Disertai juga dengan guruh ibarat harimau yang mengaum. Di waktu itu, Semu makhluk hanya mampu berlindung di rumah masing-masing.Oleh sebab terlalu takut, anak Sang Belang menangis ketakutan. Semakin kuat guruh berdentum, semakin kuat anak Sang Belang menangis. Walaupun paus Ibu Belang memujuk anaknya supaya berhenti, anak Sang Belang tetap juga dengan tangisannya.
Tiba-tiba Ibu Belang bercerita tentang PELANGI. Ya!Pelangi. Anak Sang Belang berhenti. Berhenti kerana mahu tahu 'apa itu PELANGI?'. Ibu Belang memberitahu kepada anaknya "PELANGI hanya muncul selepas hujan". Lalu Anaknya bertanya "macam mana PELANGI ibu? ". Ibunya menjawab" PELANGI itu cantik dan menakjubkan tetapi kita hanya boleh lihat PELANGI selepas hujan." Anak Sang Belang berhenti lalu memikirkan bagaimana bentuk PELANGI. Anak Sang Belang kemudiannya duduk bersendirian sambil melihat alam diluar gua. Berfikir 'bagaimana muka PELANGI'. Fikiran Anak Sang Belang melayang entah ke mana. Merentas seantero dunia demi mencari PELANGI. Dia sudah tidak menghiraukan dentuman guruh. Yang ada difikirannya cuma hanya PELANGI.
Kemudian matahari mula bersinar di celah-celah awan gelap. Sinaran mentari membuatkan Anak Sang Belang tersedar dari lamunannya. Dia bergegas menuju ke arah ibunya yang sedang rehat di dalam gua lalu bertanya "Ibu!Ibu!Matahari dah keluar!Hujan dah reda!Tunjukkan PELANGI tu ibu! Ibu Belang tersenyum melihat kesungguhan anaknya itu lalu memberitahu dengan tenang "Anakku, pergi keluar sana cari sendiri PELANGI tu. PELANGI tu ada di luar sana. Tubuhnya berwarna-warni." Kata Ibu Belang sambil menunjukkan pintu gua. Lalu Anak Sang Belang berlari menuju ke pintu gua. Terbeliak mata Anak Sang Belang melihat apa yang berlaku. "PELANGI." Kata Anak Sang Belang dengan nada perlahan. Itulah kali pertama dia melihat PELANGI. Kagum gembira & puas hati. Jelas terpampar di muka Anak Sang Belang.
Ibu Belang datang lalu menjilat pipi anaknya. "Itulah PELANGI." Kata Ibu Belang.
So...Pengajarannye:-
SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA
Keh3...
Berbalik pada rezult PMR tadi...Seramai 42 orang di sekolah Ana mendapat 9A dan keputusan PMR pada tahun ini lebih GEMPAK dan paling RAMAI(rasanya) dalam Sejarah SMKA Wataniah Machang.
Seramai 43 orang dapat 8A dan 24 orang(rasanya) dapat 7A.
Sesungguhnya KEPUTUSAN PMR pada tahun 2010 ini telah mencetuskan Perasaan GEMBIRA kepada semua pihak terutama sekali pelajar, ibu bapa dan guru.
Di kesempatan ini, Ana nak mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua guru sahabat n ahli keluarga kerana telah berjaya mendidik Ana untuk menjadi insan yang cemerlang dalam PMR.Syukran2
Akhirulkalam, kepada yang tidak berpuas hati dengan Keputusan PMR:Jadikan keputusan PMR sebagai azimat baru untuk mencapai kejayaan di peringkat SPM pula. INGAT!Gagal Sekali xbermakna Gagal Selamanye. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kejayaan sentiasa digapai oleh kita.Amin!
Berikut ialah gambar pelajar-pelajar yang mendapat 9A:-
No comments:
Post a Comment