assalamualaikum

Thursday, December 30, 2010

Memoir::2010! aKanKu Kenang!...




Bile cakap 2010...Musti ada penafsiran yang berbeza-beza...Ada yang cakap 2010 nie xbesh r...xmacam taon yang lepas-lepas...ada yang yang cakap besh gilew tahun 2010 harap 2011 akan menjadi macam 2010...begitulah Manusia..Pelbagai ragam dan teletah.Al-maklumlah manusia diciptakan berbeza-beza...So perangai pun berbeza...mnat pun berbeza...Btol x?? Tapi bagi Ana 2010 memang tahun yang cukup istimewa...bukan kerana nombornya...Tahun 2010 istimewa kerana perkara yang Ana lalui pada tahun ini jauh berbeza daripada tahun-tahun yang lepas-lepas...Banyak!banyak yang lainnya..Oleh itu, Izinkan Ana untuk menceritakan kepada Antum semua...


Antara perkara besh pada tahun 2010::


1.UKHWAH FORM 3 TAHUN 2010

 Bila sebut sahaja UKHWAH...pasti terbayang dalam fikiran kita sahabat.Ya! sahabat. Pada tahun 2010, Ana mula merasai betapa pentingnya UKHWAH. Hal ini kerana pada tahun inilah Ana berselisih faham dengan sahabat-sahabat Ana sehingga menimbulkan asobiyyah iaitu perkauman antara pelajar-pelajar tingkatan 3...Timbul 2 puak antara kami pelajar-pelajar tingkatan3 Muslimin..Ana rase tak perlulah Ana khabarkan menganai name-name puak ini kerana Ana risau timbul pula perselisihan faham...okay!

  Bermulanya perselisihan faham ini adalah kerana Ana...Ana yang mulakan...so Analah yang kena akhirkan Perselisihan faham ini...kemudiaannya UKHWAH antara kami kembali pulih...sudah tidak bermusuh dan bercakaran...Alhamdulillah dan untuk meraikan Kejayaan ini...Ana dan Sahabat-Sahabat Ana telah mengadakan Jamuan BBQ FORM3 Muslimin yang berlangsung pada minggu terakhir Peperiksaan PMR...iaitu pada hari rabu...Jamuan ini juga sebenarnya meraikan kejayaan kami menghabiskan sukatan pelajaran dan berjaya menghadiri Peperiksaan PMR. dan Alhamdulillah Majlis ini berjalan dengan lancar...dan Ana harap UKHWAH antara kami sentiasa berkekalan...Insya-Allah!
 Antara manusia2 FORM3...keh3
P/S:::Ramai lagi sebenarnya...maybe xnak masuk kot..MALU!!keh3 ataup0m ade kerja laen laa 2...


2.KEM-KEM YANG ANA SERTAI


 Kem!Kalau sebut kem...Musti terbayang peserta, fasilitator dan urusetia. Ya!Itulah Kem...Pada tahun 2010, Ana banyak menyertai kem. Kem tersebut pula ada pelbagai tujuan yang tersendiri. Kalau Ana bandingkan peratus kem yang ana sertai pada tahun ini dengan tahun lepas...pasti peratusan bagi Kem yang Ana sertai pada tahun ini lebih banyak...Hal ini kerana pada tahun ini...Ana baru aktif dalam kokurikulum...keh3 >.<
Antare kem yang Ana sertai pada tahun ini ialah:-
  1. Kem Tamrin Nuqaba'-perihal tugas naqib dan cara untuk mengendalikan usrah...
  2. Kem Solat Tingkatan1-perihal mendidik pelajar-pelajar tingkatan1 tentang solat...(urusetia)
  3. Kem Tamrin Kaderisasi-perihal kepimpinan AJK BADAR dan pengurusan Organisasi...
  4. Kem Kepimpinan KRS-perihal unit Kadet Remaja Sekolah...
  5. Kem Kelab Rukun Negara 1Malaysia-perihal negara dan semangat patriotisme...
  6. Kem Pondok Intensif-perihal pengajian ilmu dan tarbiyyah diri...
  7. Kem Pengukuhan Qiadi-perihal kepimpinan dan pengurusan Organisasi...
Itulah antaranya kem yang Ana sertai...Pelbagai ilmu dan pengalaman yang Ana peroleh...Malah Ana juga dapat Sahabat-sahabat baharu...Moga kita sentiasa 'Keep in touch' dan berhubung walaupun berbeza kampung, daerah dan negeri...xpe2 FB ade...keh3



Kem Kaderisasi BADAR 2010





Kem Kepimpian KRS di Bachok...
P/S::peringkat Negeri...



Kem Solat Tingkatan1...
P/S::Urusetia jah..bukey peserta...





Kem Perpaduan Kelab Rukun Negara
P/S::Peringkat Kebangsaan...3Negeri terlibat Pahang, Kelantan, Terengganu...BESH!!



Seminar Kolaborasi Smart Sharing SK Kelaweh
P/S::walaupun bukan kem...Tapi enjoy mengadakan program disini...keh3

P/S::2 jew gamba yang ade...Yang laen entah terbang ke mane...


3.KELAS 3MUTANABBI

 Last!!Perkara last yang Ana paling gembira adalah dapat masuk kelas 3Mutanabbi...Ya!Kelas 3Mutanabbi kelas yang pertama..Kelas harapan sekolah...selepas Mutanabbi, Jurjani then Buhturi, Hariri, Shauqi dan Maari...Kenapa Gumbira sangat dapat masuk kelas 3Mutannabi?Hal ini kerana Ana dapat belajar dengan lebih fokus...malah dapat guru-guru yang BESH!!Dalam Kelas inilah Ana memasang niat untuk mendapatkan 9A dalam PMR...Dalam kelas ini jugalah tempat Ana belajar, ketawa bersama Sahabat, Sedih dan Berkongsi 1 rasa...HEBAT!!Itu yang Ana Rasa...


Cantek??Syukran2 but there someone missing...Iezwan!!Yang amek gamba nie rasenye...


Gamba Kelas...Keh3
3Mutanabbi Sweetz Memory 2010 keh3

Fakhrullah Mat Salleh..sep bjop math...Ura2 mengatakan beliau hanya mencongak dalam peperiksaan PMR baru-baru ini...HEBAT!!Bangga die jadi sahabat Ana...











Itulah Sweetz Memory 2010 Ana...



No comments:

Post a Comment