assalamualaikum

Sunday, November 21, 2010

Kufikir:Kita Berbeza

"Abah!napew orang tu kulit hitam?napew orang tu kulitnya putih?napew orang tu tinggi macam galah, abah??napew orang tu matanya sepet??" soalan yang bertubi-tubi itu hanya mampu dibalas oleh Encik Zawawi dengan senyuman.
"Masih banyak yang perlu diajar, bang" sapa Puan Mona yang sedang mendukung anak kembarnya yang masih bayi lagi. "Itu takdir Allah...Dia yang menentukan segalanya, tinggi, rendah, hitam, putih. Semua itu Allah yang tentukan, bukan kita yang tentukan. Kita tiada hak untuk mengubahnya" jawab Encik Zawawi. Isterinya tersenyum lebar mendengar jawapan suaminya itu manakala anaknya itu mengangguk-angguk tanda faham. "Tapikan abah, mengapa Allah menentukan kita berbeza-beza daripada satu sama lain?


  Ya!!Allah mentakdirkan kita berbeza-beza...agak-agaknya mengapa ya antum semua??Mengapa Allah Azza wa Jalla menjadikan kita berbeza-beza...sama ada dari segi rupa paras ataupun perangai  & sifat diri kita??Ya! Kita memang berbeza...tetapi kerana berbeza inilah sepatutnya kita perlu lebih akrab lebih rapat...bukan rapat antara lelaki dengan perempuan...tetapi rapat antara lelaki dengan lelaki...perempuan dengan perempuan...tidak menjadi sebab untuk kita menjauhkan diri kita dengan diri mereka yang jauh berbeza...


PERTAMA: DUNIA LEBIH CERIA


Ya! Dunia lebih ceria dengan wujudnya manusia pelbagai cita rasa, perangai dan paras rupa. Ceria sdengan adanya manusia berperangai cerewat. Supaya kita tidak bosan dengan manusia yang perangainya sama dengan yang lain. Sememangnya membosankan jika kita selalu buat perkara yang sama berulang kali jumpa orang yang sama dengan perangainya yang sikit pon tidak berbeza.

KEDUA: BERSYUKUR

Bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Sememangnya kita perlu bersyukur keran Dia yang memberikan segala-galanya kepada kita termasuklah nikmat kita bernyawa saat antum membaca post ini.So, ucapkanlah Alhamdulillah. Hal ini kerana dengan mengucapkan kata-kata itu kita sudah membuktikan bahawa kita telah bersyukur...

KETIGA: UKHWAH 

Ukhwah?Apa itu Ukhwah?Mengikut tafsir makna Ana Ukhwah bermaksud talian atau ikatan antara muslim dengan muslim yang lain. Dengan perbezaan kita ini, sepatutnya ukhwah kita bertambah kukuh dan mantap. Kenapa? Ya!hal ini kerana perbezaan antara kita akan menjadi pelengkap kehidupan kita. Setiap kita berbeza dan setiap kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oeh sebab itulah, Ana kata kita menjadi pelengkap kehidupan. Sebagai contohnya di sekolah. Ada yang pandai matematik ada yang kurang. Oleh sebab itu, yang pandai matematik akan mengajar yang kurang pandai. Bukankah Ukhwah akan terjalin.


Akhirulkalam, terimalah perbezaan kita seadanya.



P/S::Maap kalau ada yang terasa...kih3

No comments:

Post a Comment